eNjoy my sOng

Monday, May 29, 2017

APLIKASI INTERNET ( UNTUK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN )

Pada minggu yang sebelum ini saya mempelajari topik berkaitan dengan aplikasi internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai aplikasi yang dapat kita gunakan untuk membantu kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan internet. Saya akan menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan topik ini .👇
Manfaat Internet
1. Sebagai sumber maklumat yang tidak terbatas kepada kita.
  • Internet merupakan sumber maklumat yang sangat luas kerana jumlahnya tidak terbatas.
  • Pengguna dapat mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan untuk mengetahui dengan lebih jelas.
2.Sebagai media komunikasi yang berkesan kepada kita.
  • Merupakan media komunikasi yang sangat murah. Kita dapat menghantar maklumat ke seluruh dunia dala jangka masa yang singkat.
  • Menggunakan email kita dapat menghantar meklumat kepada seseorang.
  • Kita dapat berkomunikasi dengan menggunaknaaplikasi chatting dan video conference yang terdapat di internet seperti Skype .
3. Sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan bahasa.
  • Membantu dalam mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Mandarin,Tamil dan sebagainya.
  • Contohnya menggunakan "google translate".
Aplikasi Internet dalam (P&P)
Dalam topik ini, kita juga dapat menggunakan aplikasi seperti E-learning, MOOC dan lain-lain.
Internet juga menawarkan banyak aplikasi yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :
  • Komunikasi
  • Media sosial
  • Membuat blog 
  • Mikroblog
  • Penyelidikan
  • Pendaftara kursus secara percuma
Komunikasi
Pelajar dapat menggunakan komunikasi tak segerak dan segerak dalam proses pengajaran dalan pembelajaran dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.
Terdapat 2 kaedah untuk berkomunikasi di internet iaitu ;
  • Asynchronous (tak segerak)
  • Synchronous (segerak)

Dibawah ini saya sertakan juga perbezaan antara 2 komunikasi ini:
Tak Segerak (Asynchronous)
Segerak (Synchronous)
  • Komuniksi berlaku bukan pada waktu yang sama 
  • Perbincangan yang dilakukan secara atas talian 
  • Contohnya forum perbincangan dan e-mail 
  • Mempunyai masa untuk berfikir mengenai maklumat yang ingin disampaikan .
  • Dapat membantu pelajar dalam mencari maklumat dan idea yang baik
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas .
  • Komunikasi berlaku pada waktu yang sama 
  • Perbincangan dilakukan secara bekerjasama 
  • Contohnya, Skype 
  • Perbualan secara langung dan tidak mempunyai masa untuk mengakses sesuatu maklumat
  • Membenarkan pengguna untuk meneroka melalui penulisan atau percakapan 
  • Masa yang digunakan adalah singkat.


REFLEKSI :
Berdasarkan apa yang telah dipelajari , saya memperoleh pelbagai pengetahuan dan semakin lama saya belajar dalam subjek ini semakin banyak pengalaman yang dapat saya timba. Saya juga dapat mengetahui lebih banyak aplikasi internet yang wujud dan ia juga boleh membantu dalam proes pengajaran dan pembelajaran. Melalui youtube juga kita saya dapat mengakses banyak video-video yang berkaitan dengan pelajaran dalam mendapatkan maklumat.

SEKIAN:)

Monday, May 1, 2017

E-MAIL

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Jumpa lagi kita pada minggu ini 😆.
Seperti biasa saya akan berkongsi ilmu yang telah saya pelajari pada minggu sebelumnya. Topiknya adalah mengenai aplikasi e-mail. Email adalah biasa kita dengar pada masa kini. Hal ini kerana teknologi bagaikan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita hari ini. Dengan adanya teknologi seperti ini, kita dapat menjadikan ia sebagai medium penghantaran maklumat atau medium berkomunikasi jarak jauh.

Apakah e-mail??
  • E-mail merupakan singkatan dari perkataan Elektronik Mel surat elektronik yang menghantar fail melalui rangkaian kompter.
  • E-mail merupakan sesuatu aplikasi internet yang paling banyak digunakan dalam hal surat-menyurat kerana ia merupakan alat komunikasi yang murah, cepat dan efisien. 
  • E-mail yang dihantar juga akan sampai ke alamat yang hendak dituju dalam masa yang singkat.
Saya juga turut diterangkan berkaitan kebaikan dan keburukan e-mail ini, antaranya :


KEBAIKAN
KELEMAHAN
Komunikasi berlaku dengan lebih cepat.
Email yang dihantar kurang privasi.
Perkhidmatan yang lebih cekap dalam menghantar maklumat.
 Penggunaan kata yang tidak sesuai menyebabkan berlakunya salah faham.
 Maklumat dapat dihantar dengan serta merta dan dimana-mana sahaja.
 Terlalu banyak maklumat yang dihantar sehingga peti masuk e-mail sarat.
Dapt menjimatkan kos kerana kos untuk mengekalkan sistem adalah rendah.
Banyak masa yang diperuntukan untuk menyemak mesej dan membuang mesej. 
 Mudah untuk memberikan keutamaan mesej.
 E-mail yang dihantar diragui kesahihannya.
 Tahap keselamatan dalam menghantar e-mail adalah tinggi.


Alamat Email 
  • Apa yang anda perlukan adalah - Alamat E-mel penerima. - user @ host - arisya@utm.my - arisya@tm.net.my
  • "utm.my" adalah nama domain pelayan mel yang mengendalikan mel penerima.
  • "arisya" adalah nama pengguna penerima. 
  • Nama pengguna dan nama host dipisahkan oleh "@".
Email Client and Server (E-mel Pelanggan dan Pelayan)
1. E-mel pelanggan
  • - perisian / program yang boleh memindahkan e-mel daripada tuan rumah tempatan kepada pelayan e-mel tempatan. 
  • Satu aplikasi yang berjalan pada komputer peribadi atau stesen kerja dan membolehkan anda untuk menghantar, menerima dan mengatur e-mel. Mel dihantar dari banyak pelanggan ke pelayan pusat, yang semula laluan mel ke destinasi yang dimaksudkan. 
  • Pelanggan grafik (mesra pengguna) 
  • Contoh - Microsoft Outlook

2. Pelayan E-mel

  • Perisian / program yang boleh menghantar / menerima e-mel dari / ke pelayan e-mel lain.
  • Pelayan mel (kadang-kadang juga disebut pelayan e-mel) adalah pelayan yang mengendalikan dan menyampaikan e-mel melalui rangkaian, biasanya melalui Internet. 
  • Pelayan mel boleh menerima e-mel daripada komputer pelanggan dan menyerahkan mereka kepada pelayan mel lain. Pelayan mel juga boleh menghantar e-mel kepada komputer pelanggan
Dalam topik ini saya juga mempelajari berkaitan dengan Cc dan Bcc yang terdapat pada e-mail. Apakah itu Cc dan Bcc ??🙏

Cc
  • Salinan Karbon Seksyen (cc) 
  • Hantar mesej kepada lebih daripada satu orang, semua penerima akan dapat melihat senarai alamat e-mel.
Bcc
  • Blind Carbon Copy Seksyen (bcc) 
  • Alamat-alamat tidak akan dilihat oleh penerima. 
  • Apabila e-mel dihantar kepada kumpulan besar orang yang tidak mengenali antara satu sama lain.
Terdapart 3 cara e-mail bekerja iaitu :
SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)
  • Protokol yang digunakan untuk menghantar mesej e-mel. 
  • Pelayan mel menggunakan SMTP untuk menentukan bagaimana untuk laluan mesej melalui Internet dan kemudian menghantar mesej. 
  • Digunakan apabila e-mel dihantar daripada pelanggan ke pelayan dan dari pelayan kepada pelayan lain

POP (Protokol Pejabat Pos) / POP3
  • Memberikan akses e-mel pengguna e-mel yang disimpan di dalam akaun pengguna pada pelayan itu. Pengguna boleh memuat turun mesej menggunakan klien e-mel dan menyimpan e-mel tempatan untuk tontonan kemudian.
IMAP (Protokol Capaian Mesej Internet)

  • IMAP direka untuk keadaan di mana anda mahu bekerja dengan e-mel anda dari berbilang komputer, seperti stesen kerja anda di tempat kerja, komputer desktop anda di rumah, atau komputer riba semasa dalam perjalanan.
  • Mesej akan dipaparkan pada komputer tempatan anda tetapi disimpan dan disimpan pada pelayan mel - anda boleh bekerja dengan semua mel anda, lama dan baru, dari mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet, selagi pelayan mel yang berjalan.
SPAM Mail

  • Spam E-mel, juga dikenali sebagai e-mel sampah menghantar mesej kepada banyak penerima melalui e-mel. 
  • Mesej mungkin mengandungi pautan menyamar yang kelihatan untuk laman web biasa tetapi sebenarnya membawa kepada phishing laman web atau laman web yang menjadi tuan rumah malware. 
  • E-mel Spam juga boleh termasuk malware sebagai skrip atau lain-lain lampiran fail boleh laku

REFLEKSI :

Berdasarkan apa yang telah saya pelajari pada minggu ini ialah saya dapat mengetahui lebih banyak perkara yang berkaitan dengan e-mail. Antaranya, kelebihan dan kelemahan dalam penggunaan e-mail, SMTT, IMAP, POP3, serta saya dapat mengetahui cara email bekerja