eNjoy my sOng

Monday, May 29, 2017

APLIKASI INTERNET ( UNTUK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN )

Pada minggu yang sebelum ini saya mempelajari topik berkaitan dengan aplikasi internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai aplikasi yang dapat kita gunakan untuk membantu kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan internet. Saya akan menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan topik ini .πŸ‘‡
Manfaat Internet
1. Sebagai sumber maklumat yang tidak terbatas kepada kita.
  • Internet merupakan sumber maklumat yang sangat luas kerana jumlahnya tidak terbatas.
  • Pengguna dapat mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan untuk mengetahui dengan lebih jelas.
2.Sebagai media komunikasi yang berkesan kepada kita.
  • Merupakan media komunikasi yang sangat murah. Kita dapat menghantar maklumat ke seluruh dunia dala jangka masa yang singkat.
  • Menggunakan email kita dapat menghantar meklumat kepada seseorang.
  • Kita dapat berkomunikasi dengan menggunaknaaplikasi chatting dan video conference yang terdapat di internet seperti Skype .
3. Sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan bahasa.
  • Membantu dalam mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Mandarin,Tamil dan sebagainya.
  • Contohnya menggunakan "google translate".
Aplikasi Internet dalam (P&P)
Dalam topik ini, kita juga dapat menggunakan aplikasi seperti E-learning, MOOC dan lain-lain.
Internet juga menawarkan banyak aplikasi yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :
  • Komunikasi
  • Media sosial
  • Membuat blog 
  • Mikroblog
  • Penyelidikan
  • Pendaftara kursus secara percuma
Komunikasi
Pelajar dapat menggunakan komunikasi tak segerak dan segerak dalam proses pengajaran dalan pembelajaran dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.
Terdapat 2 kaedah untuk berkomunikasi di internet iaitu ;
  • Asynchronous (tak segerak)
  • Synchronous (segerak)

Dibawah ini saya sertakan juga perbezaan antara 2 komunikasi ini:
Tak Segerak (Asynchronous)
Segerak (Synchronous)
  • Komuniksi berlaku bukan pada waktu yang sama 
  • Perbincangan yang dilakukan secara atas talian 
  • Contohnya forum perbincangan dan e-mail 
  • Mempunyai masa untuk berfikir mengenai maklumat yang ingin disampaikan .
  • Dapat membantu pelajar dalam mencari maklumat dan idea yang baik
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas .
  • Komunikasi berlaku pada waktu yang sama 
  • Perbincangan dilakukan secara bekerjasama 
  • Contohnya, Skype 
  • Perbualan secara langung dan tidak mempunyai masa untuk mengakses sesuatu maklumat
  • Membenarkan pengguna untuk meneroka melalui penulisan atau percakapan 
  • Masa yang digunakan adalah singkat.


REFLEKSI :
Berdasarkan apa yang telah dipelajari , saya memperoleh pelbagai pengetahuan dan semakin lama saya belajar dalam subjek ini semakin banyak pengalaman yang dapat saya timba. Saya juga dapat mengetahui lebih banyak aplikasi internet yang wujud dan ia juga boleh membantu dalam proes pengajaran dan pembelajaran. Melalui youtube juga kita saya dapat mengakses banyak video-video yang berkaitan dengan pelajaran dalam mendapatkan maklumat.

SEKIAN:)

Monday, May 1, 2017

E-MAIL

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Jumpa lagi kita pada minggu ini πŸ˜†.
Seperti biasa saya akan berkongsi ilmu yang telah saya pelajari pada minggu sebelumnya. Topiknya adalah mengenai aplikasi e-mail. Email adalah biasa kita dengar pada masa kini. Hal ini kerana teknologi bagaikan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita hari ini. Dengan adanya teknologi seperti ini, kita dapat menjadikan ia sebagai medium penghantaran maklumat atau medium berkomunikasi jarak jauh.

Apakah e-mail??
  • E-mail merupakan singkatan dari perkataan Elektronik Mel surat elektronik yang menghantar fail melalui rangkaian kompter.
  • E-mail merupakan sesuatu aplikasi internet yang paling banyak digunakan dalam hal surat-menyurat kerana ia merupakan alat komunikasi yang murah, cepat dan efisien. 
  • E-mail yang dihantar juga akan sampai ke alamat yang hendak dituju dalam masa yang singkat.
Saya juga turut diterangkan berkaitan kebaikan dan keburukan e-mail ini, antaranya :


KEBAIKAN
KELEMAHAN
Komunikasi berlaku dengan lebih cepat.
Email yang dihantar kurang privasi.
Perkhidmatan yang lebih cekap dalam menghantar maklumat.
 Penggunaan kata yang tidak sesuai menyebabkan berlakunya salah faham.
 Maklumat dapat dihantar dengan serta merta dan dimana-mana sahaja.
 Terlalu banyak maklumat yang dihantar sehingga peti masuk e-mail sarat.
Dapt menjimatkan kos kerana kos untuk mengekalkan sistem adalah rendah.
Banyak masa yang diperuntukan untuk menyemak mesej dan membuang mesej. 
 Mudah untuk memberikan keutamaan mesej.
 E-mail yang dihantar diragui kesahihannya.
 Tahap keselamatan dalam menghantar e-mail adalah tinggi.


Alamat Email 
  • Apa yang anda perlukan adalah - Alamat E-mel penerima. - user @ host - arisya@utm.my - arisya@tm.net.my
  • "utm.my" adalah nama domain pelayan mel yang mengendalikan mel penerima.
  • "arisya" adalah nama pengguna penerima. 
  • Nama pengguna dan nama host dipisahkan oleh "@".
Email Client and Server (E-mel Pelanggan dan Pelayan)
1. E-mel pelanggan
  • - perisian / program yang boleh memindahkan e-mel daripada tuan rumah tempatan kepada pelayan e-mel tempatan. 
  • Satu aplikasi yang berjalan pada komputer peribadi atau stesen kerja dan membolehkan anda untuk menghantar, menerima dan mengatur e-mel. Mel dihantar dari banyak pelanggan ke pelayan pusat, yang semula laluan mel ke destinasi yang dimaksudkan. 
  • Pelanggan grafik (mesra pengguna) 
  • Contoh - Microsoft Outlook

2. Pelayan E-mel

  • Perisian / program yang boleh menghantar / menerima e-mel dari / ke pelayan e-mel lain.
  • Pelayan mel (kadang-kadang juga disebut pelayan e-mel) adalah pelayan yang mengendalikan dan menyampaikan e-mel melalui rangkaian, biasanya melalui Internet. 
  • Pelayan mel boleh menerima e-mel daripada komputer pelanggan dan menyerahkan mereka kepada pelayan mel lain. Pelayan mel juga boleh menghantar e-mel kepada komputer pelanggan
Dalam topik ini saya juga mempelajari berkaitan dengan Cc dan Bcc yang terdapat pada e-mail. Apakah itu Cc dan Bcc ??πŸ™

Cc
  • Salinan Karbon Seksyen (cc) 
  • Hantar mesej kepada lebih daripada satu orang, semua penerima akan dapat melihat senarai alamat e-mel.
Bcc
  • Blind Carbon Copy Seksyen (bcc) 
  • Alamat-alamat tidak akan dilihat oleh penerima. 
  • Apabila e-mel dihantar kepada kumpulan besar orang yang tidak mengenali antara satu sama lain.
Terdapart 3 cara e-mail bekerja iaitu :
SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)
  • Protokol yang digunakan untuk menghantar mesej e-mel. 
  • Pelayan mel menggunakan SMTP untuk menentukan bagaimana untuk laluan mesej melalui Internet dan kemudian menghantar mesej. 
  • Digunakan apabila e-mel dihantar daripada pelanggan ke pelayan dan dari pelayan kepada pelayan lain

POP (Protokol Pejabat Pos) / POP3
  • Memberikan akses e-mel pengguna e-mel yang disimpan di dalam akaun pengguna pada pelayan itu. Pengguna boleh memuat turun mesej menggunakan klien e-mel dan menyimpan e-mel tempatan untuk tontonan kemudian.
IMAP (Protokol Capaian Mesej Internet)

  • IMAP direka untuk keadaan di mana anda mahu bekerja dengan e-mel anda dari berbilang komputer, seperti stesen kerja anda di tempat kerja, komputer desktop anda di rumah, atau komputer riba semasa dalam perjalanan.
  • Mesej akan dipaparkan pada komputer tempatan anda tetapi disimpan dan disimpan pada pelayan mel - anda boleh bekerja dengan semua mel anda, lama dan baru, dari mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet, selagi pelayan mel yang berjalan.
SPAM Mail

  • Spam E-mel, juga dikenali sebagai e-mel sampah menghantar mesej kepada banyak penerima melalui e-mel. 
  • Mesej mungkin mengandungi pautan menyamar yang kelihatan untuk laman web biasa tetapi sebenarnya membawa kepada phishing laman web atau laman web yang menjadi tuan rumah malware. 
  • E-mel Spam juga boleh termasuk malware sebagai skrip atau lain-lain lampiran fail boleh laku

REFLEKSI :

Berdasarkan apa yang telah saya pelajari pada minggu ini ialah saya dapat mengetahui lebih banyak perkara yang berkaitan dengan e-mail. Antaranya, kelebihan dan kelemahan dalam penggunaan e-mail, SMTT, IMAP, POP3, serta saya dapat mengetahui cara email bekerja


Sunday, April 30, 2017

sambungan...PENCARIAN WEB(WEB SEARCHING)

Selamat pagi anak-anakπŸ™Œ Mana yang belum bangun tu simbah je dengan air!😈
Hari ni saya nak share sambungan topik yang sebelum ini iaitu WEB BROWSER.

BROWSER :
Boleh ditakrifkan sebagai aplikasi software yang digunakan untuk mencari dan paparan web.

Browser yang paling popular adalah:
  •  IE (Internet Explorer) 
  • Google chrome - dimiliki oleh google
  • Safari 
  • Opera - dimiliki oleh opera software
  • Firefox - dimiliki oleh Mozilla corporation 

Kelebihan dan kegunaan Web Browser :

1.Mempermudah mencari Informasi baik pendidikan mahupun non pendidikan.
2.Mempermudah mendapatkan laman web yang kita cari.
3.Dapat membuat akaun seperti (Twiter,Blog, Facebook dan lain-lain).
4.Dapat mengakses Informasi yang dicari.
5.Dapat menyimpan file melalui web browser.
6.Kita boleh menggunakan mesin pencari atau search engine.

Ingin mengetahui top10 web BROWSER 2017?

Friday, April 28, 2017

PENCARIAN WEB(WEB SEARCHING)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Topik yang dipelajari pada minggu ini ialah berkaitan dengan pencarian web. Dalam topik ini saya mempelajari bagaimana cara untuk mencari maklumat dengan mudah πŸ’—.
Dalam bab ini saya mempelajari tentang:

  1. Apa itu pencarian web
  2. Search engines
  3. Web Browser 
  4. Teknik pencarian (Searching techniques)
  5. Web resource evaluation
World Wide Web (WWW), Ia dipanggil "web" kerana saling hubungan antara dokumen menyerupai sarang laba-laba).

1. Apa Itu Definisi Pencarian Web
  • Satu tindakan untuk mencari maklumat di dalam pangkalan data komputer atau rangkaian (web).
  • Mesin pencari web adalah program komputer yang dirancang untuk melakukan pencarian yang tersimpan dalam layanan www, ftp, publikasi mail atau kumpulan baru dalam sesebuah komputer dalam suatu jaringan.
  • Merupakan sejenis laman web yang membantu pengguna komputer mencari maklumat di internet.
Apakah masalah yang dialami dalam pencarian web?
  • terlalu banyak maklumat
  • maklumat tidak tepat
  • laman web maklumat yang diperoleh sentiasa berubah
Terdapat 4 Kategori/Jenis Pencarian Web:
  1.  Directories 
  2.  Search engines 
  3. Meta-search engines 
  4. Yellow pages
1. Directories 

Definisi:
Website atau Web Panduan adalah perwakilan hierarki hiperpautan.
  • Sebuah laman web di mana sumber yang berbeza dikumpulkan.
  • koleksi besar pautan ke laman web, disusun dalam kategori yang berlainan.
  • Tahap bahagian biasanya pelbagai topik yang sangat umum.
  • Setiap topik mengandungi pautan daripada subtopik yang lebih khusus

1. Search engines
  • Satu program komputer yang melakukan yang berikut:
- Membolehkan pengguna mengemukakan pertanyaan yang terdiri daripada satu perkataan atau fasa.
- Carian pangkalan data.
- Mengembalikan senarai URL yang sesuai yang sepadan dengan pertanyaan anda.
- Membenarkan pengguna untuk menyemak dan mengemukakan semula

Apakah contoh search engine?
  1. Google chrome
  2. Bing
  3. Yahoo

3.Meta-search engines 

Definisi:
  • A meta-search atau semua-dalam-satu enjin carian melakukan carian dengan menggunakan lebih daripada satu enjin carian yang lain untuk menyiapkan kerja pencarian.

7 jenis meta search-engine
  • Kelebihan: Pertanyaan tunggal boleh mengakses banyak enjin carian. 
  • Kelemahan: Banyak padanan tidak akan sesuai untuk anda.
4. Yellow pages
  • White pages membolehkan pengguna untuk mencari maklumat mengenai individu. 
  • Kita boleh menggunakan halaman putih untuk mengesan nombor telefon, alamat e-mel. 
  • Orang boleh menyalahgunakan laman putih 
  • Sesetengah orang berfikir bahawa halaman putih pencerobohan privasi mereka. 
  • Yellow pages mengandungi maklumat mengenai perniagaan.
Perbandingan :

visit this for more infoπŸ‘‡

REFLEKSI
Hasil yang saya perolehi pada minggu ini ialah saya dapat mengetahui banyak perkara yang berkaitan dengan pencarian web ini dengan jelas. Selain itu, juga dapat membezakan antara jenis pencarian web ini.

Friday, March 24, 2017

INTRASTRUKTUR INTERNET

Bismillah.. Alhamdulillah.
Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita pada minggu ini.πŸ™Œ

Minggu ini saya belajar topik berkaitan infrastuktur internet. Semasa sesi pembelajaran kali ini, saya dapat mengetahui lebih banyak perkara yang berkaitan dengan internet. Walaupun setiap hari kita mnggunakan internet namun, masih banyak lagi perkara yang saya tidak tahu mengenai internet. Dengan adanya topik ini saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam topik ini.

Internet ialah singkatan perkataan dalam bahasa Inggeris 'internetwork' iaitu rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala huruf I besar ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebaga protokol paket. Rangkaian internet yang terbesar dinamakan internet. Cara menghubungkannya dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

Internet service provider (ISP) 
  • ISP Juga dipanggil IAP (Akses Internet).
  • Syarikat yang menyediakan akses ke internet.
  • Biasanya ISP menyediakan pakej perisian, nama pengguna, nombor telefon dan kata laluan akses dan modem
  • ISP disambungkan kepada satu sama lain melalui Pusat Akses Network (NAPs)
  • Contoh ISP: TM
see more info : https://www.youtube.com/watch?v=7_LPdttKXPc

Apa itu internet protokol ?
  • Setiap mesin di Internet mempunyai nombor unik mengenal pasti, dipanggil Alamat IP.
  •  IP bermaksud protokol Internet, iaitu bahasa yang digunakan komputer untuk berkomunikasi melalui Internet.
  • Protokol yang menyalurkan data ke saluran yang tertentu dengan harapan ia akan sampai ke destinasinya.
  • Fungsi penghalaan ini membolehkan antara rangkaian pada dasarya mewujudkan internet.
  • Alamat IP biasa kelihatan seperti ini: 216.27.61.137
  • Untuk membuat ia lebih mudah bagi kita manusia untuk mengingati, alamat IP biasanya dinyatakan dalam format perpuluhan sebagai nombor perpuluhan bertitik seperti yang di atas.
  • Tetapi komputer berkomunikasi dalam bentuk binari. Lihatlah alamat IP yang sama dalam binari     11011000.00011011.00111101.10001001 
Alamat IP terdiri daripada 32 bit, sering ditunjukkan sebagai 4 oktet nombor 0-255

Intipati utama internet
 Hyper Text Transfer Protocol (HTTP)
  • HTTP mentakrifkan cara mesej diformat dan dihantar dan apakah tindakan pelayan Web dan pelayar perlu mengambil tindak balas kepada pelbagai arahan
  • Sebagai contoh, apabila anda memasukkan URL dalam pelayar, ini sebenarnya menghantar arahan HTTP ke pelayan web yang mengarah untuk mengambil dan menghantar halaman yang diminta.
Domain Name System (DNS)

Type of internet connection and access 
1.  Dial Connection 
  • Digunakan a dial up modem konvensional disambungkan ke bicu telefon standard dengan tetap twisted-pair cabling 
  • Biasanya digunakan dengan komputer rumah
  • Kelebihan: perkakasan murah, mudah untuk menubuhkan
  • Kelemahan: sambungan perlahan
2. Cable
  • Digunakan sambungan terus
  • Biasanya ditemui di pejabat
  • Kelebihan: Fast
3. Satellite internet access
  • Digunakan sambungan terus
  • Perlahan dan lebih mahal daripada akses internet kabel
  • Transceiver diperlukan satelit di luar rumah atau bangunan untuk menerima dan menghantar data
  • Availability: Di mana-mana terdapat pandangan yang jelas dan di mana hidangan satelite boleh dipasang dan isyarat yang diterima
  • Prestasi mungkin merendahkan atau berhenti semasa hujan lebat atau ribut salji
4. Wayarles tetap
  • Sama seperti internet satelit
  • Tetapi ia menggunakan menara pemancar radio dan bukannya menara satelit
  • Availability: Dipilih kawasan di mana perkhidmatan boleh didapati
5. Broadband 
  • Sambungan Internet berkelajuan tinggi
  • Jalur Lebar menghantar data digital, yang bermaksud modem atau peranti yang serupa yang diperlukan dari pihak anda untuk menterjemahkan pakej data.
  • Beberapa jenis perkhidmatan jalur lebar boleh didapati dengan kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
6. Mobile wireless 
  • Perkhidmatan telefon mana-mana sahaja selular yang terdapat.

Wednesday, March 22, 2017

sambungan...PENYAMBUNG RANGKAIAN (BAHAGIAN 2)

Disini ada sedikit penambahan berkenaan tajuk yang lepas yeπŸ™ˆ

TEKNOLOGI MOBILE WIRELESS
1Generation (1G)
  • 1G menggunakan isyarat analog.
  • Telefon bimbit bermula dengan sistem secara selular yang hanya berupaya memindahkan suara seseorang pemanggil dari satu telefon ke satu telefon lain.
  • Tahap keupayaan 30 kilohertz (kHz), namun dikatakan kurang berkesan dari segi keperluan radio spektrum dan hanya menempatkan beberapa panggilan terhad dalam satu-satu masa. 
2Generation (2G)

  • 2G mempergunakan isyarat digital.
  • Perkhidmatan 2G seringnya dirujuk sebagai Perkhidmatan Komunikasi Peribadi (PCS: Personal Communications Service) di Amerika Syarikat. 
  • Contoh : SMS dan MMS
3Generation (3G)
  • Merupakan teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio, dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi, termasuklah komputer riba. 
  • Selain itu, pengguna juga dapat memuat turun lagu dan video pada kadar sepuluh kali ganda lebih pantas daripada teknologi 2G. Sebaliknya, rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat dan lebar jalur tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk data. 
  • Teknologi ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, persidangan video langsung, pelayaran laman sesawang, e-mel, dan pemesanan segera. Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka. 
4Generation (4G)
  • Menggunakan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE). Kelajuan teknologi LTE boleh mencapai sehingga 100Mbps. Teknologi yang digunakan oleh LTE adalah OFDMA (Orthogonal Frequency Division Multiple Access). 
  • Teknologi tersebut dapat menampung lebih ramai pengguna berbanding dengan 3G iaitu lebih kurang tiga kali ganda.
  • Kos penggunaan data adalah lebih murah dengan kelajuan yang lebih tinggi.
 click here for more info: http://www.majalahsains.com/teknologi-rangkaian-tanpa-wayar-dulu-kini-dan-akan-datang/
Everything You Should Know About 5G!
https://www.youtube.com/watch?v=ikR0_ptc4P4&t=9s

Sunday, March 19, 2017

Perkakasan / Peralatan Rangkaian



1. Pelayan fail (File server)
  • Pelayan fail berdiri di tengah-tengah kebanyakan rangkaian.
  • Komputer sangat cepat.
  • Jumlah besar RAM dan ruang penyimpanan
  • Kad antara muka rangkaian yang cepat.
  • Perisian sistem operasi rangkaian dalam komputer ini, bersama-sama dengan mana-mana perisian aplikasi dan fail data yang perlu dikongsi
2. Stesen Kerja (Workstation)
  • Komputer pengguna yang disambungkan kepada rangkaian yang dipanggil stesen kerja.
  • Dikonfigurasikan dengan kad antara muka rangkaian, perisian rangkaian dan kabel yang sesuai.
  • Tidak semestinya keupayaan penyimpanan, fail boleh disimpan dalam file server.
  • Hampir mana-mana komputer boleh berfungsi sebagai stesen kerja.
3. Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card , NIC)
  • Menyediakan sambungan fizikal antara rangkaian dan stesen kerja komputer. 
  • Faktor utama yang menentukan kelajuan dan prestasi rangkaian
  • Kebanyakan NIC adalah dalaman, dengan kad sesuai ke dalam slot pengembangan dalam komputer.
  • Sesetengah komputer seperti Mac Classics, menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau port SCSI.
  • Komputer riba - terbina dalam NIC atau kad rangkaian yang tergelincir ke dalam slot PCMCIA.
  • Tiga sambungan antara muka rangkaian yang paling biasa ialah - Kad Ethernet, - LocalTalk - Kad Token Ring.
 Kad Ethernet
  • Adalah satu jenis penyesuai rangkaian(network adapter). Penyesuai ini menyokong standard Ethernet untuk sambungan rangkaian berkelajuan tinggi menggunakan sambungan kabel.
  • Kad Ethernet mengandungi sambungan untuk memuat coaxial or twisted pair cables (atau kedua-duanya) - BNC sambungan (Bayonet Neill-Concelman) untuk kabel coaxial - RJ-45 sambungan bagi twisted pair,
  • Sesetengah kad ethernet juga mempunyai sambungan Attachment Unit Interface (AUI) .
Bayonet Neill-Concelman

                                                                        RJ-45 

Local Talk Penyambung (LocalTalk Connectors) 
  • LocalTalk adalah kartu jaringan untuk komputer Macintosh yang menggunakan sebuah kotak adapter khusus dan kabel yang terpasang ke port untuk printer.
  • Kekurangan dari LocalTalk dibandingkan Ethernet adalah kecepatan laju transfer datanya. Ethernet dapat mencapai 10 Mbps, sedangkan LocalTalk hanya dapat beroperasi pada kecepatan 230 Kbps atau setara dengan 0,23 Mbps.
Kad Token Ring.
  • Kad rangkaian Ring Token kelihatan serupa dengan kad Ethernet.
  • Satu perbezaan yang boleh dilihat ialah jenis penyambung pada hujung belakang kad.
  • Umumnya mempunyai jenis DIN penyambung sembilan pin untuk melampirkan kad untuk kabel rangkaian.
4. Concentrator/Hubs
  • Titik sambungan Tengah.
  • Untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
5.  Pengulang (Repeater)
  • Repeater adalah peranti yang menjana semula dan menguatkan isyarat untuk mewujudkan rangkaian jarak jauh.
  • Ia hanya menerima, menguatkan dan rebroadcasts isyarat. Sesetengah Repeater  menyediakan asas pemeriksaan ralat
  • Repeater  boleh menjadi peranti yang berasingan atau ia boleh dimasukkan ke dalam concentrator . Ia digunakan untuk mengatasi had keupayaan jarak.
6. Suis (Switch)
  • Suis vs Hab: Kedua-dua peranti mengandungi port untuk menyambung peranti bersama-sama melalui kabel rangkaian dan untuk memudahkan komunikasi antara peranti, tetapi mereka berbeza dari segi bagaimana mereka memindahkan data.
7. Penghala (Routers)
  • Juga menentukan laluan terbaik untuk menghantar data melalui Internet.
  • Penghala boleh: laluan mesej antara linear bus, star, dan star-wired ring topologies.Laluan mesej meerentasi across fiber optic, coaxial, dan twistedpair cabling.
  • Membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain. 
  • Sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data. 
  • Mempercepatkan penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Router juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.
8.  Jambatan (Bridges)
  • Ia menyimpan maklumat yang mengalir di kedua-dua rangkaian, tetapi ia tidak membenarkan lalu lintas yang tidak perlu melalui.
  • Jambatan memantau trafik maklumat mengenai kedua-dua belah rangkaian supaya ia boleh lulus paket maklumat ke lokasi yang betul.
  • Kebanyakan jambatan boleh 'mendengar' ke rangkaian dan secara automatik memikirkan alamat setiap komputer di kedua-dua jambatan.
  • Boleh digunakan untuk menyambung jenis kabel, atau topologi fizikal.
  • Bridges menguruskan lalu lintas untuk mengekalkan prestasi optimum pada kedua-dua belah rangkaian.
  • Jambatan boleh digunakan untuk menyambung jenis kabel selagi kedua-dua rangkaian yang menggunakan protokol yang sama
see more info here: http://www.certiology.com/computing/computer-networking/network-devices.html


REFLEKSI
Dalam tajuk pada kali ini, banyak input yang saya dapat terutama mengenali perkakasan-perkakasan dalam rangkaian dan juga termasuklah cara kerja rangkaian itu berlaku .