eNjoy my sOng

Wednesday, March 22, 2017

sambungan...PENYAMBUNG RANGKAIAN (BAHAGIAN 2)

Disini ada sedikit penambahan berkenaan tajuk yang lepas ye🙈

TEKNOLOGI MOBILE WIRELESS
1Generation (1G)
  • 1G menggunakan isyarat analog.
  • Telefon bimbit bermula dengan sistem secara selular yang hanya berupaya memindahkan suara seseorang pemanggil dari satu telefon ke satu telefon lain.
  • Tahap keupayaan 30 kilohertz (kHz), namun dikatakan kurang berkesan dari segi keperluan radio spektrum dan hanya menempatkan beberapa panggilan terhad dalam satu-satu masa. 
2Generation (2G)

  • 2G mempergunakan isyarat digital.
  • Perkhidmatan 2G seringnya dirujuk sebagai Perkhidmatan Komunikasi Peribadi (PCS: Personal Communications Service) di Amerika Syarikat. 
  • Contoh : SMS dan MMS
3Generation (3G)
  • Merupakan teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio, dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi, termasuklah komputer riba. 
  • Selain itu, pengguna juga dapat memuat turun lagu dan video pada kadar sepuluh kali ganda lebih pantas daripada teknologi 2G. Sebaliknya, rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat dan lebar jalur tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk data. 
  • Teknologi ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, persidangan video langsung, pelayaran laman sesawang, e-mel, dan pemesanan segera. Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka. 
4Generation (4G)
  • Menggunakan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE). Kelajuan teknologi LTE boleh mencapai sehingga 100Mbps. Teknologi yang digunakan oleh LTE adalah OFDMA (Orthogonal Frequency Division Multiple Access). 
  • Teknologi tersebut dapat menampung lebih ramai pengguna berbanding dengan 3G iaitu lebih kurang tiga kali ganda.
  • Kos penggunaan data adalah lebih murah dengan kelajuan yang lebih tinggi.
 click here for more info: http://www.majalahsains.com/teknologi-rangkaian-tanpa-wayar-dulu-kini-dan-akan-datang/
Everything You Should Know About 5G!
https://www.youtube.com/watch?v=ikR0_ptc4P4&t=9s

2 comments:

  1. Maklumat y sngt berguna kerana dpt membantu sdikit sbyk dlm menyiapkn asgmnt dan pengetahuan....

    ReplyDelete
  2. Maklumat y sngt berguna kerana dpt membantu sdikit sbyk dlm menyiapkn asgmnt dan pengetahuan....

    ReplyDelete